Cantiknya! Myvi Baru Dah Macam Kia Rio!

#1
Ada sesiapa nak beli kereta? Actually sebelum ini dah ada rumor pasal myvi baru. Tapi serius buruk yang tu! Tapi dengar cerita Myvi yang baru ini dah banyak tertiris! Guess what? Lagi sporty dan hampir sama dengan Kia Rio 2017. Kalau korang nak beli kia rio yang harganya dalam 60-80 ribu mungkin boleh dapatkan myvi baru ni yang harganay dalam 40-50k. Cantik! rasa nak beli satu untuk tahun depan
erodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam lima varian dengan dua pilihan enjin iaitu 1.3L & 1.5L. Untuk itu, kami sediakan enam perkara menarik perlu anda tahu mengenai Perodua Myvi baharu (2018).
1. HARGA

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual - RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto - RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto - RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto - RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto - RM55,300
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans






2. ENAM PILIHAN WARNA

  • Granite Grey Mattalic - 1.5L sahaja
  • Peppermint Green Metallic - 1.3L sahaja
  • Lava Red
  • Mystical Purple
  • Glittering Silver
  • Ivory White

  1. Lampu depan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
  2. Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.
  3. Ruangan roda Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci bagi 1.3L manakala varian 1.5L dipadankan dengan rim 15-inci dua tona. Ini sudah bagus!
  4. Selain pilihan warna merah, putih dan perak, Perodua turut memperkenalkan warna baharu, iaitu kelabu dan hijau.
  5. Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik.
  6. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.
  7. Varian tertinggi menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
Tunggu apa lagi. buat tempahan di mana-mana bilik pameran Perodua sekarang.
GALERI


















 

Attachments